Hubungi kami unuk pertanyaan lanjut
Haji paklang www.wasap.my/60173388741
#bekam #BekamSunnah #bekamwajah #bekamdarah #BekamAngin #RawatanBekam
#bekamkepalatanpacukur
Haji paklang www.wasap.my/60173388741
#bekam #BekamSunnah #bekamwajah #bekamdarah #BekamAngin #RawatanBekam
#bekamkepalatanpacukur
7 Persoalan Anda Mengenai Sunnah Bekam Yang Semakin Dilupakan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan pembakaran dengan api panas (kay). Sesungguhnya, aku melarang umatku daripada berubat dengan kay.”Hadis Sahih BukhariIslam adalah agama yang syumul, lengkap dan meliputi segala aspek kehidupan manusia, termasuklah dari sudut kesihatan. Tahukah anda, terdapat satu rawatan alternatif yang dinamakan sebagai ‘bekam’?
Mungkin ada segelintir daripada kalangan pembaca sudah pun mendapatkan rawatan ini, atau mungkin dirinya seorang perawat mahupun pemilik pusat bekam. Bahkan, mungkin ada dalam kalangan kita ini yang masih tidak tahu rawatan apakah ini? Selamatkah? Tidak berbahayakah untuk kesihatan?
Justeru, di sini dikongsikan beberapa info atau maklumat berkaitan dengan amalan sunnah iaitu bekam;
#1 – Apa Itu Bekam?
Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w.#2 – Bilakah Waktu Dibolehkan Berbekam?
Waktu terbaik berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;“Wahai Nafi’ berbekamlah dengan berkat dari Allah s.w.t pada hari Khamis,. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayub disembuhkan dari penyakit dan Allah s.w.t menimpakan penyakit padanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang biasanya muncul pada hari Rabu atau malam Rabu.”Riwayat Ibnu Majah
#3 – Apa Hikmah dan Kelebihan Bekam?
Hikmah dan kelebihan bekam, antaranya;– Menyahut seruan dan sunnah Rasulullah s.a.w.
– Membantu melancarkan peredaran darah.
– Mengeluarkan dan membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
– Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang, menyegarkan dan menyihatkan badan.
– Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit kencing manis/diabetes)
– Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.
– Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (untuk menyembuhkan penyakit gout)
– Mengeluarkan lemak/minyak berlebihan di dalam darah (untuk menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat).
– Membuang racun atau sihir dalam badan dan banyak lagi manfaatnya.
#4 – Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?
Ya. Bahkan, sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan ini dalam pengubatan penyakit di sana, selain negara Eropah.#5 – Selamatkah Bekam?
InsyaAllah selamat. Ini kerana kaedah ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w bahkan kaedah yang dijalankan pada zaman sekarang turut diakui oleh Jabatan Kesihatan.Namun begitu, perlu diingatkan sebelum hendak berbekam adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang diakui oleh Jabatan Kesihatan, tidak melanggar syarak dan jurubekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.
Moga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada kita semua mengenai salah satu sunnah Rasullah s.a.w yang jarang diwar-warkan. Jika orang bukan Islam meyakini kaedah rawatan ini, mengapa kita sebagai umat Islam perlu takut dan meraguinya?
Bersamalah kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW ini, mudah-mudahan beroleh keberkatan kerana menyahut seruan Baginda s.a.w. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment