Kebaikan bekam sememangnya terbukti mempunyai faedah dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Amalan berbekam merupakan teknik perubatan sunnah Nabi yang diamalkan sejak dahulu kala dan kini dimodenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif. Ia juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat dan menyembuh berbagai penyakit.
Ramai yang mengamalkan berbekam dan menganggap kebaikan bekam adalah salah satu petua dan cara perubatan tradisional untuk mencegah dan mengatasi beberapa penyakit selain untuk mengurangkan kesakitan yang dialami mereka.
Sejauh mana kebenaran kebaikan bekam akan membantu proses rawatan dan penyembuhan penyakit mungkin boleh dipastikan?
Apa Itu Bekam
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan proses mengeluarkan atau membuang darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Jenis-jenis Bekam
Bekam KeringBekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
Bekam Basah
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi.
Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.